Kami sedang mencari individu yang berdisiplin, amanah, dan komited untuk bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di kediaman persendirian di Bandar Kota Kinabalu.
Tanggungjawab Utama:
- MENGAWAL SELIA KELUAR MASUK PELAWAT DAN KENDERAAN DI PINTU UTAMA.
- Melakukan rondaan berkala di sekitar kawasan kediaman bagi memastikan keselamatan terjamin.
- Memantau sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan segera.
- Menjaga kebersihan dan kekemasan pondok pengawal.
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan, cergas, dan tiada rekod jenayah.
- Mempunyai pengalaman sebagai pengawal keselamatan atau bekas anggota badan beruniform adalah satu kelebihan.
- Jujur, menepati masa, dan boleh bekerja mengikut syif (siang / malam).
Tawaran & Kelebihan:
- Gaji menarik
- Caruman KWSP, PERKESO, SIP dan Lindung 24 Jam disediakan.
- Kemudahan pondok pengawal yang selesa serta elaun kehadiran bulanan.