A. Tugas Pentadbiran (Administrative Duties)
1) Menguruskan kerja-kerja pentadbiran dan dokumentasi pejabat.
2) Menyediakan, menyusun dan memfailkan dokumen serta rekod syarikat.
3) Mengendalikan panggilan telefon, e-mel dan urusan surat-menyurat.
4) Memasukkan dan mengemaskini data ke dalam sistem atau rekod syarikat.
5) Membantu menguruskan rekod kehadiran pekerja dan dokumen sumber manusia (HR).
6) Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
B. Tugas Penyelia Halal (Halal Supervisor Duties)
1) Memantau dan memastikan operasi pengeluaran mematuhi keperluan dan prosedur Halal.
2) Memastikan bahan mentah, ramuan dan bahan pembungkusan yang digunakan mempunyai status Halal yang sah, jika berkenaan.
3) Menyemak dan mengemaskini sijil Halal pembekal serta dokumen berkaitan.
4) Memantau kebersihan kawasan pengeluaran, peralatan dan tempat penyimpanan.
5) Memastikan pekerja mematuhi prosedur dan amalan pengendalian makanan yang ditetapkan.
6) Membantu menyediakan, menyelenggara dan mengemaskini dokumen Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS).
7) Membantu dalam persediaan audit Halal serta pemeriksaan daripada pihak berkuasa.
8) Melaporkan sebarang isu atau ketidakpatuhan berkaitan Halal kepada pihak pengurusan.