Membantu kerja-kerja harian pembersihan, penyelenggaraan asas, keselamatan dan
kebersihan kuarters pekerja serta kemudahan bersama bagi memastikan persekitaran yang
selamat, selesa dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB UTAMA:
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap asas seperti penanaman bunga, memotong rumput, dahan dan ranting kayu
- Melaksanakan kerja pembersihan di kuarters pekerja, kawasan awam dan
- Memastikan kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan bersama seperti jalan/lorong, longkang/parit, kantin, surau, dewan serbaguna, kawasan rekreasi dan persekitaran klinik.
- Melaksanakan kerja pembaikan kecil elektrik seperti menukar mentol dan suis dan socket
- Melaksanakan kerja pertukanagn asas seperti membaiki kerosakan kecil atau menggantikan seperti paip, pintu, kunci, tingkap dan kelengkapan asas rumah yang lain-lain
- Melaporkan sebarang kerosakan, kecacatan atau bahaya keselamatan kepada Penyelia dengan segera.
- Membantu kontraktor atau pembekal perkhidmatan semasa kerja penyelenggaraan
- Membantu mengambil bacaan meter air dan elektrik apabila diarahkan.
- Memberi maklum balas awal kepada Penyelia berkaitan aduan atau permintaan
- Melaksanakan apa-apa tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan hartanah dan kemudahan.
KEPERLUAN JAWATAN:
- Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja fizikal.
- Boleh mengendalikan mesin rumput
- Mempunyai pengalaman asas kerja pembersihan civil atau penyelenggaraan
- Boleh mengikut arahan dan bekerja secara berpasukan.
- Bertanggungjawab, berdisiplin dan mementingkan keselamatan.
- Sanggup bekerja lebih masa atau hujung minggu jika diperlukan.
Location: Kuala Baram Industrial Estate