Diploma atau Ijazah dalam Hortikultur, Pertanian, Sains Tumbuhan atau bidang berkaitan.
Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam operasi nurseri, ladang atau landskap (graduan baru juga digalakkan memohon).
Pengetahuan mendalam dalam pembiakan tanaman, pembajaan, kawalan perosak dan sains tanah.
Boleh bekerja secara berdikari dan berpasukan.
Cergas dan sanggup bekerja di kawasan luar.
Kemahiran komputer asas (Excel, Word, dan rekod data) satu kelebihan.
Minat yang tinggi terhadap tanaman, kelestarian dan pembelajaran berterusan.
Ringkasan Tugas :
Kami sedang mencari seorang Ahli Hortikultur yang berdedikasi dan berpengetahuan untuk menyertai pasukan kami di nurseri dan landskap.
Calon yang sesuai akan bertanggungjawab menguruskan pengeluaran tanaman, pembiakan (propagation), kawalan serangga/perosak dan penyakit, serta memastikan kesihatan keseluruhan tanaman di nurseri.