COLOR BLAST SDN. BHD.
Membina Jenama Pakaian Muslimah Malaysia ke Pasaran Asia
Color Blast Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang bergerak dalam bidang Textile, Fashion dan E-Commerce, yang ditubuhkan pada tahun 2016 dan beroperasi di Shah Alam, Selangor.
Kami memberi fokus kepada penghasilan dan pemasaran pakaian Muslimah dan pakaian tradisional, dengan produk utama seperti Kebarung yang direka untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan, gaya dan kesopanan.
Pada masa kini, Color Blast menggunakan platform digital seperti TikTok Shop, Shopee dan website rasmi untuk membawa produk kami terus kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Dengan pasukan seramai 28 orang, kami merupakan sebuah pasukan yang sedang berkembang dan sentiasa mencari individu yang mempunyai semangat, komitmen dan keinginan untuk berkembang bersama syarikat.
COLOR BLAST SDN. BHD.
B-27, Jalan Serai Wangi K/16K, Seksyen 16, Alam Avenue, 40000 Shah Alam, Selangor.