POTENSI CEKAL SDN. BHD. Ditubuhkan pada 13hb Jan.1993, sempena menyahut seruan kerajaan supaya lebih ramai kaum Bumiputera menceburi bidang perniagaan. Kegiatan utama Syarikat apabila ditubuhkan adalah untuk bersama-sama Syarikat lain membangunkan dan memajukan Negara menerusi bidang Pembangunan Industri Pembinaan dan Kejuruteraan. Rezeki yang tidak disangka-sangka di dalam bidang ini membuatkan pihak pengurusan memperkukuhkan lagi jentera pengurusan, teknikal dan sumber kewangannya untuk bersama-sama membangunkan negara tercinta.
Pada peringkat permulaannya Syarikat bermatlamat untuk memperkembangkan lagi bidang perniagaannya menerusi bidang trading dan Pengiklanan disamping PKK Kelas F pada tahun 1993. Berkat usaha, dedikasi dan iltizam syarikat, pada Januari 1998 Syarikat telah dinaikkan taraf dari PKK Kelas F kepada PKK Kelas A (Bertaraf Bumiputera). Bermula dari situ Syarikat bertambah aktif dan agresif dalam bidang industri kejuruteraan dan pembinaan dari tahun 2001 dinaikkan kepada Kelas A (Bertaraf Bumiputera).